Semuanya bermula di sini. Di dalam bilik ini. jika hendak
digambarkan suasana ruang ini, tiada apa yang boleh aku banggakan. Ia hanyalah
sebuah kubikel empat segi yang hampir sama panjang dan lebarnya dengan bilik
bilik rumah teres lain. Yang beza mungkin aturan perabot ataupun cat yang
terlekat di dinding. Streotaip.
Aku ingat lagi, sedari kecil aku terlalu asyek dengan cerita
cerita ber-genre seram yang sudah bersepah ditayangkan di setiap siaran
televisen. Cakap saja apa jenis hantu yang wujud dalam negara ni, semua aku
tahu. Ruang otak aku yang baru saja menjangkau usia 10 tahun tika itu sudah
mula menyerap pelbagai jenis nama dan rupa bentuk hantu di negara ini. Sudah
menjadi kebiasaan bagi golongan budak kecil seperti aku, jika melihat cerita
cerita di kaca tivi cukup mudah terbawa hingga ke tidur.
Mungkin
dek kerana sudah pelbagai jenis cerita ber-genre seram yang aku tonton, jadi
segala jenis watak yang dipertontonkan mudah untuk aku bawa hingga masa
tidurku. Satu malam dulu aku masih ingat, ia hanya malam malam biasa yang mana
sinar mataharinya tiada dan bulan sedia bercahaya, cuma yang ganjilnya aku
nampak kelibat seekor lembaga hitam yang saiznya tiga kali ganda aku berada
betul betul di depan muka pintu bilik. Jika diingatkan balik aku sendiri tidak
pasti apakah lembaga itu muncul di dalam mimpi aku ataupun aku benar benar
sedar masa itu. Dengan perasaan bercampur baur tika itu, aku hanya mampu
membuka kelopak mata lebih kecil dari kebiasaan untuk melihat reaksi lembaga
itu. Lama aku perati, hampir 5 minit mungkin, tiba tiba terdengar suara mama ku
dari bilik sebelah yang entah apa yang dimahunya. Aku pandang semula kearah
muka pintu, kelibat lembaga tadi sudah hilang dari pandangan mataku.
Pagi esok harinya aku terjaga dari tidur., aku lihat mama
sudah berada di dalam bilik. Mama tak pandang aku, mungkin dia sibuk mengambil
pakaian pakaian aku yang bersepah di atas lantai. Mama memang rajin. Setiap
hari mama pasti datang kutip pakaian kotorku untuk dibasuh. Aku bertanya pada
mama, “mama, Adib nak tanya, hantu yang dalam tivi tu semua betul betul ada
ka?”
Mama hanya senyum manis dengan pertanyaan aku, bingung aku
dengan perilaku mama. “takdalah sayang, semua tu berlakon saja. Dalam dunia ni
mana ada hantu Dib”.
“tapi ma, semalam Adib nampak hantu di depan pintu bilik.
Besar ma, tapi bukan warna putih, rambut dia pun tak panjang ma”.
“Ish Adib ni, Adib mengingau tu. Letih sangat gamaknya”.
Mama berlalu pergi keluar bilik dengan dua tiga helai baju baju kotor aku.
****
Malam seterusnya aku sering terjaga dari tidur, tapi aku
sudah tak nampak kelibat lembaga haritu. Tapi beberapa malam selepas itu, aku
terjaga. Tapi sayang, mungkin aku terjaga lewat sedikit kerana lembaga yang
tempoh hari tidak lagi berada di depan pintu tapi ia sudah di atas katilku dengan
menutup mulut aku dan memegang kemas dua belah tanganku dengan tapak tangannya
yang kasar dan besar itu. Tiada apa yang dapat aku buat melainkan cuba untuk
lepaskan diri dari cengkaman lembaga itu. Betul, ia lembaga besar. Aku yakin
aku tidak mimpi, Cuma bezanya ia punya tanduk di tengah badannya. Sekelip mata,
badan aku dipusing dalam keadaan meniarap,tengkuk aku ditekan kuat ke bantal.
Aku tak tahu apa yang terjadi tetapi yang aku sedar air mata ku mengalir keluar
menahan sakit.
Esok paginya aku terjaga dari tidur, aku lihat di tepi katil
ada nenek dan seorang doktor di sampingnya. Entah apa yang meraka cakapkan aku
tak pasti. Aku cuba untuk betulkan postur badan tapi terasa sakit di bahagian
punggung. Di ruang tamu, aku dengar riuh rendah suara mama yang seakan menahan
menangis dalam amsa sama memekik memaki hamun papa ku. Rupanya baru aku sedar,
papa ku ialah lembaga yang aku sering mimpikan.
Kini, usiaku sudah menjangkau 20-an dan aku sering punya
masalah untuk tidur malam. Aku yakin, dalam dunia ini ada banyak lembaga
seperti papaku. Trauma
5 comments:
ah ah ah
sebelum apa apa. aku harap takdak yang direct kata cerpen ni berkisar pasal seks semata macam cerpen sebelum ni. ada isi tersiratnya.
tak lucah pun. persetankan apa pandangan orang. yang positif, ambil kira. yang negatif, jadikan pengajaran. :)hehe.
trauma baca T__________T
Miss Lynn - haha. tak tak. bukan apa. kena inform jugak takut mesej tak sampai. :)
run aziluz- ahahah. we wait karya sulung orang kuat #sayapatah di sini
Post a Comment