Ke hadapan sang mantan,
Waktu kau baca surat
ni, mesti kau tengah rindukan buah hati kau kan? Dah berapa lama tak jumpa? Tak
dapat khabar berita ke? Alahai kesiannya.. Mesti kau tengah risaukan dia. Buah
hati hilang tiba-tiba. Mesej tidak, call pun tidak.. keh keh keh terseksalah
jiwa kau gamaknya.
Cantik jugak kan
girlfriend kau ni. Patut la kau tinggalkan yang lama, yang baik. Untuk yang
cantik rupanya. Fizikal dia semua cantik. Muka cantik, badan cantik.. Eiii
geram jugak aku tengok girlfriend kau ni. Eh, macam mana aku tau body dia
cantik ni.. keh keh keh cuak tak kawan?
Dalam kecantikan awek
kau ni, ada satu je yang aku tak berkenan, perangai dia..Kalau jenis cantik
rupa tapi hati tak berapa nak cantik ni aku tak boleh kompromi sangat.
Jangan gelabah dulu.
Kalau kau nak tahu kisahnya kau kenalah terus baca. Surat ni kan aku karang
khas untuk kau. Kan?
Kelmarin, sedang aku
meronda cari mangsa tiba-tiba aku terlanggar sorang perempuan ni. Fullamak!!!
Muka putih, tinggi pon bolehlah. Terjatuh dompet aku, habis berterabur not lima
puluh atas kaki lima. Mula-mula tu aku kena maki dengan dia. Tapi bila dah
nampak helaian duit yang bersepah tadi, jadi sopan santun pulak dia. Siap
mintak maaf lagi. Tanya ada cedera ke tidak. Pandai pulak dia berdrama. Aku pun
tanpa berlengah menghadiahkan senyuman pada dia sambil mengumpan. Aku ajak dia
pergi minum-minum dekat gerai. Waktu dah tengah malam, gerai kecik tu adalah
sebuah dua yang masih buka waktu-waktu macam ni. Mula-mula tu dia tak nak lepak
gerai. Mungkin bukan standard dia. Maklumlah, orangnya lawa bergaya pulak tu.
Mana sesuai nak lepak gerai tepi jalan. Aku kata pada dia, kalau dia tolak
pelawaan ni maka aku tak kan maafkan dia. Terus dia bersetuju. Hah dah masuk
perangkap! Perempuan ni aku syak tak ada la pesen baik mana. Sosial jugak
gayanya. Macam familiar tak? Keh keh keh..
Aku pendekkan sajalah
cerita supaya kau tak debor sangat. Malam tu, aku berjaya bawak balik awek ni
ke satu tempat. Macam mana cara tu kau tak payah la nak tahu. Kerja mudah untuk aku kalau dah jenis murahan macam ni.
Perangkap dah kena,
jadi aku pun wajiblah jalankan tugas kesukaan aku. Bukan senang nak dapat
peluang macam ni. Apa jadi pada perempuan tu? Keh keh keh. Pengsan. Mudah
sangat dia ni pengsan. Susah payah aku rangka plan rupanya pejam mata pun dah
boleh siap. Aku baringkan dia. Persiapkan diri aku untuk uruskan apa yang
patut. Kau patut berdebar sekarang. Kau patut..
Sebenarnya, ada satu
permintaan daripada pelanggan aku. Yeap, aku buat ni bersebab. Pelanggan aku
kata perempuan yang terbaring pengsan itulah yang dah ambil hati kau, rampas
hati kau dari dia. Hati kau dah masuk dalam hati perempuan tu dan bersatu.
Makanya, dia minta bantuan aku untuk ambil hati perempuan ni. Nak simpan
katanya. Dia tak nak orang lain ambil hati kau. Hati kau milik dia sorang saja.
Ehehe personally, aku suka idea dia jadi aku turutkan apa yang dia nak. Kau suka tak idea dia? Tak suka pun kau cubalah untuk suka.
Kerja aku pun bermula.
Dengan penuh adab aku tanggalkan pakaian dia. Satu persatu aku lurutkan.
Cantik. Memang cantik. Sebagai buah hati dia, mesti kau pun belum tengok lagi
kan apa yang aku dah tengok. Ruginya kau. Rugi. Well, ini rezeki aku mungkin.
Susuk tubuhnya memang menawan dan menaikkan nafsu. Malangnya, aku terpaksa abaikan
nafsu aku kali ni. Kerja tetap kerja.
Perlahan-lahan aku
benamkan hujung pisau. Dari pangkal dada, aku tarik sampai ke perut. Nikmat
untuk aku bila melihat pekatan darah merah mengalir keluar. Aku buat potongan
silang dari kanan ke kiri pada bahagian bawah dada pula. Dagingnya nipis. Mudah
kerja aku nak membelah. Kalau kau nak tahu, aku pakai pisau dapur saja. Senang.
Aku bukan ada banyak koleksi pisau pun. Maklumlah orang bujang mana pandai
masak, mana selalu masuk dapur. Layaklah harga pisau tu untuk perempuan macam
dia. Murahan.
Splashh!!!
Darah terpercik keluar
lagi. Seni. Sangat seni. Aku biarkan darah tu mengalir, memercik dengan setiap
tindakan aku pada badan dia. Ahh nikmat untuk aku. Nikmat. Kau gugup?
Relakslah. Lupa pula aku bagitahu, awek kau aku dah bius awal-awal. Aku tak nak
dia menderita. Pelanggan aku pun tak mahu dia rasa menderita sangat walaupun
aku rasa dia patut dapat lebih dari itu!
Dasar perempuan sailang!
Perlahan-lahan aku
keluarkan organ-organ yang patut. Aku dah buat pilihan. Aku pilih..
Jantung
Kenapa aku pilih
jantung? Sebab setiap nafas setiap darah yang dipam ke seluruh badan adalah
jantung.
“setiap nafasku..hembuskan namamu..sumpah
mati..hati ingin memilihmu”
Aku yakin, dalam diri
awek kau ni hanya ada kau. Dan aku pun dah bagitahu bukan, pelanggan aku tak
mahu orang lain miliki ‘hati’ kau. Hati kau tetap akan jadi milik dia. Ternyata
mata hati kau buta. Salah siapa bila semua ni dah jadi?
Balang kaca yang
bertutup aku ambil dan aku masukkan jantung yang masih berdegup dan berlumuran
darah itu. Cantik. Unik. Sangat unik. Kalau boleh, aku sendiri nak simpan
sebagai koleksi peribadi. Tapi aku dah dibayar untuk semua ini.
Jangan kau risau. Usai
semua tugas, aku dah kemas segala alat-alat dan hapuskan segala bukti. Mangsa
aku? Aku biarkan saja awek kau terbaring kat situ. Biar mereput. Itu yang
paling layak untuk dia.
Yang
Benar,
Saikopat.
==============================================================
Surat dimasukkan ke
dalam sampul dengan rapi dan dicampak berdekatan akhbar.
Terpampang tajuk
tergempar
“Model ditemui mati
tanpa jantung”
***********
'adik, abang dah buat apa yang patut. cepat la sembuhkan hati yang luka. abang tak sanggup tinggalkan adik kat sini lagi'
Bisik Hilmi sebelum meninggalkan Pusat Rawatan Sakit Mental
4 comments:
kalau aku jadi helmi, alang alang dah bogelkan ex adik dia, aku tunaikan terus impian nafsu adik dia. hehe
*nais stori
psikonya cerita! takut makk
seronok
memang psiko.
Post a Comment